Bagaimana cara untuk mengeluarkan wang dari akaun takaful?

>> Sunday 25 January 2009

Tahukah anda sesetengah pelan eTiQa Takaful membenarkan anda mengeluarkan sebahagian daripada simpanan anda? contohnya; pelan eTiQa Mesra, eTiQa Prima, eTiQa Warisan, eTiQa Sarjana, dan eTiQa Sakinah 1
Bagi pelan Mesra, Warisan, dan Sakinah 1, anda boleh mengeluarkan sebanyak 80% daripada tabung simpanan iaitu Akaun Peserta (AP). Caranya, anda hanya perlu mengisi borang pengeluaran sebahagian disertakan 1 salinan IC dan hantar kepada eTiQa melalui ejen anda. Borangnya sgt simple, hanya sekeping kertas A4
Bagi pelan eTiQa Sarjana, pengeluaran wang 80% daripada Akaun Peserta hanya dibenarkan ketika 3 tahun sebelum sijil matang.
Kebiasaannya, bagi pelan eTiQa Prima, anda dijamin mendapat manfaat berjangka setiap 3 tahun sebanyak 10% daripada coverage basic. Contohnya; coverage basic RM50,000. maka anda akan dapat RM5,000 every 3 years. Guaranteed.
Jika anda telah menyertai eTiQa lebih 4 tahun, anda sudah boleh mengeluarkan sebahagian daripada Akaun Peserta tersebut. Actually tahun kedua pun akaun anda sudah ada simpanan, tapi nilainya agak kecil, jadi saya cadangkan anda keluarkannya selepas tahun ke-4. nak tau kenapa? tunggu post saya yg akan datang mengenai pelan-pelan eTiQa secara detail. :)

0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP